Thursday, February 26, 2009

AHLI KOMUNITI BESTARI PEKAN WESTON -MENJADIKAN PEMBUTAN GAMBUS SEBAGAI SUMBAR PENDAPATAN


gambus yang sedang didalam proses pembuatan











Masayarakt Beruni tidak terkecuali menerima limpahan budaya gambus yang cukup senonim dengan masyarakat melayu . Kebanyakan masyarakat berunai di sabah khususnya masih aktiv membudayakan permaian muzik teridisinol Gambus yang diwarisi secara turun temurun .

Tuan Hj Muhiddin Hj Mokti salah seorang masyarakat Berunai daripada kampong Lubuk weston Beaufort Sabah yang juga AJK Komuniti BESTARAI Pekan Weston masih aktiv dan berkemahiran memainakn peralatan gambus . Beliau juga menjalankan aktiviti membuat gambus sebagai sumbar pendapatan yang lumayan . Pengliabatan beliau dalam permaian dan membuat gambus telah diwarisi daripada seorang guru tua dari Negara berunai darusalam Tun Hj Tasim , Sejak berumur 17 tahun sehinggalah hari ini beliau meneruskan pembuatan dan permainan irama gambus .

Beliau juga sering diundang untuk mengadakan persembahan dimejlis- mejlis penting kerajaan diperingkat daerah , Negeri dan Kebangsaan . Terbaru beliau telah diberikan mandat untuk memimpin kumpulan Okestara gambus peringakt negeri anjuran Persatuan masyarakat Berunai Sabah dan Lembaga Penggalakan Pelancungan Sabah .


Diantara kejayan besar yang beliau pernah laksanakan ialah mencipta The Malaysia Book Of Record dengan Memainkan gambus selama 24 jam tampa henti dengan penyertaan 24 orang pemain gambus semasa Pesta Nelayan Tamu Besar Weston anjuran Komuniti BESTARI Pekan Weston dan Persatuan Masyarakat Berunai Sabah Cawangan Weston . Hampir 5 ribu pengunjung telah menyaksikan percubaan beliau dan kumpulan beliau pada ketika itu dan telah berjaya menamatkan permainan tersebut .

Pada beliau permainan gambus dan pembuatan ini harus dipertahankan sekligus diperturunkan kepada genarasi muda hari ini . Apa yang lebih penting ianya mampu mendapatkan sumbar pendapatan yang lumayan .

Mengikut legenda permainan dan pembuatan gambus suku kaum berunai terlalu banyak pantang larangnya yang antaranya pengambilan kaya gambus hendaklah dilakukan sebaik sahaja terbit matahari . Sementara itu sebelum menebang kayu – kayu yang hendak dibuat gambus selawat sedikit mentra akan dibacakan . Adalah menjadi larangan ketika menebang kayu tersebut penglihatan tertumpu kearah lain ,Sambil menebang kayu tersebut akan diiringi dengan pantun “ MASAK IKAN GULAI REBUS , DISAPAK DENGAN DSILAUK KITANG , KALAU DIPANTING IRAMA GAMBUS , HATI YANG SUSAH MENJADI SENANG . Sementera itu ketika gambus yang telah siap dibuat ianya menjadi larangan besar disentuh oleh wanita – wanita mengandung dan dalam kadaan Haid . Secara keseluruhanya gambus yang dibuat dengan penuh teliti dan memerlukan kapakaran tersendiri .

Bagi yang berminat membuat tempahan boleh dibuat di No Tel : - 0198015913 ( RM350- RM 500)

No comments:

Post a Comment