Thursday, February 26, 2009

PERUTUSAN - Laman Web Rasmi K.BESTARI kebangsaan


KETUA PENGARAH PENERANGAN MALAYSIA

Komuniti BESTARI merupakan satu Program Gerakan Rakyat (peoples movement) yang dinamik, berwawasan berasaskan kesukarelaan dan berdikari.Dengan adanya Komuniti BESTARI, sistem penyampaian maklumat secara dua hala antara kerajaan dan masyarakat hingga ke peringkat akar umbi akan berjalan dengan lancar dan berkesan.Pada masa kini, penubuhan Komuniti BESTARI telah bertambah menjadi 1094 buah di seluruh negara.Ini menunjukkan Kementerian Penerangan memandang serius tanggungjawab yang diamanahkan kepada Komuniti BESTARI dalam meningkatkan ilmu pengetahuan komuniti supaya mereka dapat menggunakan maklumat secara bijaksana untuk menangkis fitnah dan tohmahan yang boleh meruntuhkan sistem dan perpaduan dalam negara ini.Ejen perubahan yang dibangunkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia ini sentiasa menitikberatkan kualiti kehidupan masyarakat pelbagai kaum di negara ini tidak kira sama ada dari aspek politik, sosial serta ekonomi.

Oleh itu, sistem pengurusan Komuniti BESTARI perlu diberi perhatian yang khusus dalam memastikan matlamat penubuhan serta visi dan misinya akan tercapai.Sesungguhnya tidak dapat disangkal lagi Komuniti BESTARI memikul tanggungjawab yang berat untuk membentuk rakyat Malaysia menjadi sebuah komuniti yang berpengetahuan dan bestari.Semoga misi Komuniti BESTARI untuk membentuk masyarakat yang bermaklumat dan bijaksana sejajar dengan wawasan negara akan tercapai di masa hadapan.



Dato’ Haji Abdullah bin Morad

No comments:

Post a Comment