Saturday, February 28, 2009

SUMBAR HASIL LAUT DIMENAFATKAN OLEH - AHLI KOMUNITI BESTARI PEKAN WESTON

EKONOMI AHLI -AHLI
KOMUNITI BESTARI PEKAN WESTON
Belacan Weston yang siap untuk dipasarkan
Udang bubuk sedia untuk diproses

Udang bubuk Yang diproses untuk dibuat belacan

Proses membuat keropok lekor

Encik Danin bin Merusin @sarmin salah seorang ahli Jawatankuasa Komuniti Bestari gigih menjalankan perusahan kecil yang berasaskan sumbar perikanan di Pekan weston . Pelbagai produk dihasilkan diantaranya Keropok Udang , Keropok lekor , pembuatan belacan,bebola ikan dan udang kering. Beliau yang dibantu oleh isteri dan anak anak bergiat aktiv sejak 2 tahun lalau dimana hasil produk beliau selain dipasarkan pada penduduk setempet ianya juga dipasarkan keluar Daerah Beaufort, Membakut , Papar , Tenom dan sipitang .

Sesunggunhnya beliau percaya usaha yang dijalankan secara kecil - kecilan bagi memenafaatkan hasil laut mampu membawa pulangan keuntungan yang lumayan . Beliau yang juga menjalankan perusahan kecil ini tampa bantuan kewangan kerajaan telah membuktikan bahawa modal bukanlah prasyarat untuk menentukan sesuatu kejayaan akan tetapi keyakinan dan usaha yang gigih adalah resepi yang terbaik untuk berjaya . Namun begitu beliau yang hanya menjalankan perusahan ini dirumah kediaman berhasrat memperbesarkan perusahan beliau dengan mendapatkan mesin dan bangunan sendiri bagi hasil perusahan kecil beliau . Tentunya bantuan dan pinjaman diperlukan untuk menjayakan hasrat tersebut .



Untuk Tempahan beliau boleh dihubungi dialamat :
Kg Laut Weston
Peti Surat 346 ,
89808 Beaufort Sabah
No. Tel : - 013-5446142 atau 014-6791200

No comments:

Post a Comment